Wednesday, June 29, 2011

Kenangan bersama

Hari ini berlangsung Majlis Perhimpunan Setia Mesra. Dan seperti biasa aku adalah salah seorang yang akan bertugas dibelakang pentas. Antara atucara yang berlangsung adakan majlis Jasa Mu Di Kenang dan tayangan video Khas.

VIDEO KHAS
video ini yang aku nak ceritakan disini. Video tentang sahabat yang ku kenali hanya sekejap tetapi kenagan dan tunjuk ajar dari beliau tak dapat aku lupakan. Video ini khas dibikin untuk

Allahyarham Mohd Nordin Bin Ahmad

Semasa pembikinan video ini terasa sebak dihati bila melihat gambar dan video yang aku sendiri rakamkan. Mengalir air mata ku tanpa disedarai. Arwah adalah seorang yang peramah dan baik hati budinya. Setiap perbualannya mesti diselitkan dengan gurauan yang tidak sedikitpun akan mengguris hati rakan-rakan. Bapa kepada 3 orang cahaya mata ini berpegang pada prinsip "PATUH PADA ARAHAN" dan ini yang membuatkan beliau disenangi oleh penyelia dan pihak atasan.

Perkenalan kami pun adalah kerana aku perlu bertugas menyiapkan video korporat di pejabat aku. Sepanjang bertugas bersama beliau banyak juga ilmu tentang laut dan kehidupan telah diajar kepada aku. Dan segala ilmu itu aku aku sampaikan juga pada yang lain. Beliau adalah seorang Juru Injin bagi Bot Perantas KB73 pernah beliau bergurau dengan rakan sekerja dan aku juga pernah mendengar sendiri dari mulutnya sendiri. Jika beliau tiada boleh tak bot KB73 begerak keluar utk bertugas. Dan ternya tidak jika tiada juru injin. Yela kalau enjin mati tengah laut sapa nak tengok kan. 


Kenangan Bersama beliau tidak akan ku lupakan.
Selamat Pergi Sahabat