Tuesday, January 24, 2012

Apa Beza Bapak Miskin n Bapak Kaya?

Korang mesti kenal dengan Robin Hood kan? Robin Hood disukai oleh ramai orang kerana kisahnya yang merompak wang dari orang-orang kaya dan kemudian membhaagi-bahagikan hasilnya secara kepada orang miskin.

Apabila kita melihat dari sisi radikal, tingginya populariti Robin Hood ini memperlihatkan bahawa ramai orang yang merasa bahawa dunia ini tidak adil kerana orang-orang yang kaya boleh memiliki wang begitu banyaknya. 

Memang fakta menunjukkan bahawa sebagian besar wang yang beredar ini dikuasai oleh hanya sebagian kecil dari masyarakat.

Sekarang pertanyaannya adalah, bagaimana keadaan dunia apabila Robin Hood berjaya mengumpulkan semua wang yang ada dan membahagikannya secara rata kepada semua orang? Sekilas pandang dunia nampak lebih bahagia. Tidak ada lagi orang kaya, dan tidak ada lagi orang miskin. Semua orang hidup dengan kemakmuran yang sama.

Marshall Sylver, di dalam bukunya yang berjudul Passion Profit Power, menjelaskan lebih detail mengenai pertanyaan diatas.

Apa jadinya dunia ini apabila wang yang ada dibagikan secara sama rata ke semua orang? Dan ternyata jawapannya cukup menyedihkan.Dalam waktu 5 tahun, keadaan wang akan kembali seperti semula.
Orang-orang kaya dahulu akan kembali menguasai sebahagian besar wang yang ada.
Mengapa perkara ini boleh terjadi? 

Jawapannya ada pada pola fikir orang mengenai wang yang dimilikinya. Kebanyakan orang, yang pada akhirnya akan kembali miskin, akan berfikir “Enaknya wang ini digunakan untuk membeli apa agaknya?”. Kemudian wangnya dihabiskan untuk membeli barang-barang ataupun enjoy.
Pendek kata, setelah seluruh wang dibelanjakan, mereka kembali menjadi miskin.

Perkara yang berbeza terjadi pada orang kaya. Orang kaya akan berfikir bagaimana caranya untuk memanfaatkan wangnya agar dapat mendatang-kan wang lebih banyak lagi. Mereka akan menggunakan wangnya untuk membuka perniagaan, ataupun melabur. Akhirnya mereka akan mengumpulkan wang jauh lebih banyak dari orang biasa.

Mungkin ramai yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Orang-orang yang miskin lebih cenderung untuk menyalahkan kumpulan, orang lain ataupun nasib. Ini adalah tindakan yang tidak tepat. Tindakan menyalahkan tidak akan merubah orang miskin menjadi kaya.

Akan jauh lebih baik bila kita semua bersedia mengevaluasi keadaan secara objektif. Kita boleh belajar orang-orang kaya di sekeliling kita, kita boleh pelajari pola fikirnya yang positif, dan kita boleh menerapkannya dalam kehidupan kita. 

POKOK PANGKAL ADALAH KEPUTUSAN YANG ANDA
AKAN BUAT

No comments:

Post a Comment