Thursday, January 26, 2012

MAK

Orang kata aku lahir dari perut mak !
(BukanOrg kata , memang betul)
Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa disampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya ,Mak . 
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak . 
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak . 
Bila takut , aku selalu panggil , "Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak . Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .
 Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .
Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Mak .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja ,
bolehkah kau kirim wang untuk mak"

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT !"

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !


Kisah Upah Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . 

KOs upah membantu ibu :
TOlOng pergi kedai : RM4.00
TOlOng jaga adik : RM4.00
TOlOng buang sampah : RM1.00
TOlOng kemas bilik : RM2.00
TOlOng siram bunga : RM3.00
TOlOng sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .
1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak
menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata , "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya . 


SAHABAT, RAKAN, TAULAN, MUSUH, CIKGU, MENTERI, USTAZ, DAN RAMAI LAGI. Kita ssemua pernah/masih ada ibu. Pernahkah kita terfikir dan mencongak jasa ibu terhadap kita adakah sudah terbayar? Saya yakin dan percaya jasa ibu mengandungkan kita selama 9 bulan pun belum tentu habis dibayar. Inikan pula susu yang membesarkan kita, inikan [ula masa mereka tak tidur sebab menjaga kita, inikan pula keringat yang jatuh kerana kita.

PERNAHKAH KITA TERFIKIR?

Saya selalu berpesan pada diri, isteri, adik beradik, kawan-kawan, rakan kongsi, dan juga kepada orang yang saya mengenali mereka dengan pesanan

"Jagalah Ibu sementara ibu masih ada.
Dan doakanlah Ibu jika Ibu telah mengadap yang Maha Esa"
Dan janganlah bila Ibu tiada baru kita nak minta ampun dan maaf.
dan janganlah bila Mak tiada baru kita nak meraung mengejukkan mereka semula.
 
Ya, Allah Kau ampunkanlah segala dosa Ibuku Norlizan Bt Nin.
Ya Rahman, Janganlah kau lalaikan aku dan mengabaikan Ibuku.
Ya Rahim, Kau berilah sebanyak mungkin rahmat kepada Ibuku.

5 perkara kenapa REZEKI kita berat sgt!

Rezeki merupakan satu yang cukup luas konteksnya. Dapat anak juga merupakan rezeki, rezeki naik pangkat juga rezeki, dapat melihat makhluk halus juga rezeki, Ditemukan jodoh juga dinamakan rezeki, dapat bonus dari bos juga adalah rezeki. Disini kita lihat antara sebab rezeki kita menjadi SANGAT berat.

1) AMBIL HAK ORANG LAIN: contoh paling senang adalah MENCURI lah. Tapi kekadang kita xsedar apa yang kita lakukan mengambil hak orang lain. Contohnya guna fon pejabat, guna printer pejabat, guna telefon orang tanpa kebenaran dimana kita rasa itu benda2 kecik je tapi ia tetap SALAH!

2) SEKAT REZEKI ORANG: Ini yang selalu terjadi dikalangan kita tanpa kita sedar. Yang ketara ialah curi client orang!! Cth lain kalau tgk orang lain berniaga, kita plak kita pergi hasut client dia spaya tak beli tanpa sebarang usul!! Igt ye, sekali kita sekat rezeki orang, 10 kali ganda Allah sekat rezeki kita!! Uuiisshhhh gerun!!

3) TAK SUKE LIHAT KEJAYAAN ORANG: Ini act penyakit orang kita! Dulu epul pun mcm tu tp bila fikir2 balik mmg ptt dia bjaya sbb dia usaha. Aku ni duk rumah je... Muehehehe.... Tp betol , bila kita bertindak, ubah terus kehidupan. Sikap plg teruk adalah menyebarkan keburukan org yg bjaya dan kbnyakan FITNAH!! dan org kita plak cepat plak percaya.... Hurm... Nnti jgn tnya nape rezeki kita berat ye....!!

4) HIDUP HANYA BERGANTUNG PADA NASIB: ini boleh dikatakan seperti lalang yang hanya meliut lentok mengikut arah angin. Ayat yang biasa "ala ada rezeki adala, kalau takde nak buat camner" memang la tak dapat kalau ko dah dok diam jer tak buat ape2.

5) TAK HARGAI REZEKI YANG DATANG: ha...ni kekadang kita lupe, rezeki yang datang mesti perlu hargai dan jgn banyak komplen.. Lagi2 time bonus dr majikan "sikitnye.." " kedekut hampeehh" ... Uiishh bahaya tu! Cube fikir kalau tak dapat lg teruk..kan? Buang sikap tu. Kalau dpt hadiah, suke komplen.. Igt, suke ke tak suke ke simpan shaja dlm hati.. Untung lah org bg hdiah, kalau tak bgi lg terukkkss!! Kan?





Tuesday, January 24, 2012

PROFIL TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY (2011)

Disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat hasil dari 'berblogging' dan 'gogelan' saya dan kredit ini harus disampaikan kepada blog UTARA SELATAN JOURNEY  dan I Luv Islam kerana penulisannya yang senang dibaca. Ini amat penting bagi kita bersama-sama menimba ilmu dan juga mencari pengalaman. Mencari pengalaman dari orang yang telah berjaya adalah sesuatu yang bijak untuk dilakukan. 

Umur – 53 tahun 
Pendidikan – SPM 
Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) 
Kekayaan -RM1,425 juta 
Ke 7 terkaya di Malaysia 
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes) 
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary 

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal. 

Kerja Giler....

Memang kerja giler.... 
Tapi 
BEST GILER...

Apa kerja giler tue kan.... Ari sabtu dan ahad aritu me & my family (wife, amin n iman) telah pergi
BATU PAHAT dengan tanpa apa-apa perancangan yang konkrit.

Nak dijadikan cerita my wife nak hantar BARANG klik ler (apa barang tu erk) pada seorang klien..
Tapi klien tu beli secara ansuran n jauh lak tue me cakap elok kalu kita kenal dia betul2 yela kan.. bisnes kalau tak kenal pembeli macam tak best lak... jadi me n wife pun tetiba cakap jom gi hantar.

Jadi disitu lah bermula episod mengemas baju, kemas barang anak2, topup tNg dan lain. Tapi kami kene singgah kenduri dulu. Lepas makan nasi minyak baru la kami gerak ke Batu Pahat.

Giler....

Mula bergerak dari Kampar jam 3:00 Petang. dalam perjalanan singgah di R&R Tapah beli Souvenir untuk rakan-rakan disana nanti. (biasa la ole-ole Tapah Jambu Batu tanpa Biji.) Jadi kami mula kan perjalanan kami.
Sepanjang perjalanan me ditemani oleh anak lelaki i Amin. Dia la tolong picitkan badan n teman berborak. Yang si adik dah tidur dari mula perjalanan lagi dah.

Sampai di Batu Pahat jam 8:30 Malam lewat gak. Masuk jer Daerah Batu Pahat perut mula berkeroncong dan mula mata meliar mencari kedai makan sambil2 tu cari gak tempat berteduh untuk malam hari nanti. Jadi kami pun lepak la kan BP Walk stall. ada jual nasi lemak n otak2. Best nasi lemak sedap n cukuprasa. 6 bungkus juga kami makan.

Selesai makan bermula la kerja kami. jumpa prospek Dila namanya sama ngan nama my wife. Prospek nie kami kenal melalui page FB klik ler kami. Dier berminat untuk memiliki tubuh menawan sapa yang nak macam dila nie just call my wife key. Kat umah dila sampai kul 10 gak ... Hotel tak cari lagi... Kuar jer dari umah dila kami terus pusing2 kat Batu Pahat cari ler hotel yang syok... malas nak dok hotel mahal. rugi lak rasanya sebab check in pun dak lambat. Jadi kami pun check di hotel Biz Inns & Hotel. Hotel nie kategori budget hotel yang mana budget hotel yang amat selesa. best la hotel nie..

Esok nya bangun pagi tetiba tekak nie nak makan asam pedas lak. Ari tu my SIL bawak makan kat Parit Raja. memang best la... Tapi pagi tue.. my Frenz Izzat N Farah bawak kami makan kat Asam Pedas Ali. Kira ok la masakan dier. sebab ramai makan situ. kul 11 pagi dah penuh orang makan asam pedas, dasat orang johor nie. Me lebih suka yang di Parit Raja. (SIL nanti balik tolong bungkuskan kuah nyer)

Dari Asam Pedas Ali kami terus bergerak ke Melaka. Bukan untuk berbisnes tapi untuk berlibur bersama anak-anak. Kami singgah di Taman Buaya Melaka. Bukan main seronok lagi my son & daugther tengok pertunjukan Manusia n Buaya.

to be continued..

Apa Beza Bapak Miskin n Bapak Kaya?

Korang mesti kenal dengan Robin Hood kan? Robin Hood disukai oleh ramai orang kerana kisahnya yang merompak wang dari orang-orang kaya dan kemudian membhaagi-bahagikan hasilnya secara kepada orang miskin.

Apabila kita melihat dari sisi radikal, tingginya populariti Robin Hood ini memperlihatkan bahawa ramai orang yang merasa bahawa dunia ini tidak adil kerana orang-orang yang kaya boleh memiliki wang begitu banyaknya. 

Memang fakta menunjukkan bahawa sebagian besar wang yang beredar ini dikuasai oleh hanya sebagian kecil dari masyarakat.

Sekarang pertanyaannya adalah, bagaimana keadaan dunia apabila Robin Hood berjaya mengumpulkan semua wang yang ada dan membahagikannya secara rata kepada semua orang? Sekilas pandang dunia nampak lebih bahagia. Tidak ada lagi orang kaya, dan tidak ada lagi orang miskin. Semua orang hidup dengan kemakmuran yang sama.

Marshall Sylver, di dalam bukunya yang berjudul Passion Profit Power, menjelaskan lebih detail mengenai pertanyaan diatas.

Apa jadinya dunia ini apabila wang yang ada dibagikan secara sama rata ke semua orang? Dan ternyata jawapannya cukup menyedihkan.Dalam waktu 5 tahun, keadaan wang akan kembali seperti semula.
Orang-orang kaya dahulu akan kembali menguasai sebahagian besar wang yang ada.
Mengapa perkara ini boleh terjadi? 

Jawapannya ada pada pola fikir orang mengenai wang yang dimilikinya. Kebanyakan orang, yang pada akhirnya akan kembali miskin, akan berfikir “Enaknya wang ini digunakan untuk membeli apa agaknya?”. Kemudian wangnya dihabiskan untuk membeli barang-barang ataupun enjoy.
Pendek kata, setelah seluruh wang dibelanjakan, mereka kembali menjadi miskin.

Perkara yang berbeza terjadi pada orang kaya. Orang kaya akan berfikir bagaimana caranya untuk memanfaatkan wangnya agar dapat mendatang-kan wang lebih banyak lagi. Mereka akan menggunakan wangnya untuk membuka perniagaan, ataupun melabur. Akhirnya mereka akan mengumpulkan wang jauh lebih banyak dari orang biasa.

Mungkin ramai yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Orang-orang yang miskin lebih cenderung untuk menyalahkan kumpulan, orang lain ataupun nasib. Ini adalah tindakan yang tidak tepat. Tindakan menyalahkan tidak akan merubah orang miskin menjadi kaya.

Akan jauh lebih baik bila kita semua bersedia mengevaluasi keadaan secara objektif. Kita boleh belajar orang-orang kaya di sekeliling kita, kita boleh pelajari pola fikirnya yang positif, dan kita boleh menerapkannya dalam kehidupan kita. 

POKOK PANGKAL ADALAH KEPUTUSAN YANG ANDA
AKAN BUAT