Tip keselamatan anak:
- Jika didapati anak hilang, ambil tindakan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa.
- Simpan potret anak atau ahli keluarga di rumah dengan pelbagai sisi.
- Ambil tahu dengan siapa anak berkawan dan berhubung.
- Amalkan memantau kegiatan anak jika mereka kerap menghabiskan masa bersembang dalam talian.
- Pastikan pintu rumah berkunci untuk mengelakkan anak keluar tanpa pengetahuan.
- Sebarkan gambar anak atau mangsa di kawasan awam seperti stesen minyak atau hentian dan sertakan nombor telefon anda.
- Simpan talian kecemasan pihak berkuasa di rumah, termasuk nombor telefon rakan atau sahabat kepada anak anda.
- Sekiranya berlaku kehilangan, jangan panik. Rancang tindakan yang perlu dilakukan seperti memaklumkan kepada pihak berkuasa dan membuat hebahan pada awam.
Walau keluar ke halaman sekejap sekali pun, pastikan pagar ditutup dan peka dengan persekitaran. Sama ada, individu dewasa atau kanak-kanak, disiplin ini perlu diamalkan kerana ia meletakkan kita sentiasa dalam keadaan selamat. – Kamal Afendi, Penganalisis Jenayah
Kita Hanya Merancang Tuhan Yang Menentukan. Ambil langkah berjaga-jaga sebelum sebelum terlambat. Anak adalah kurniaan Ilahi dan wajib kita sebagai ibu bapa mengambil peduli setiap pergerakan anak kita. Jangan sambil lewa dalam pengurusan anak-anak.