Wednesday, May 18, 2011

Kisah kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar bin Syed Nor Shah Al-Bukhary


Tan Sri Syed Mokhtar bin Syed Nor Shah Al-Bukhary adalah Bumiputra terkaya di Malaysia. Dengan penglibatan dalam bidang perniagaan yang pelbagai yang merangkumi pengangkutan dan logistik, perladangan, hartanah, pertahanan dan gudang persenjataan serta teknik penjanaan kuasa dan, ia memiliki kekayaan bersih dianggarkan US $ 2.5 bilion mengikut Forbes, menjadikan beliau insan 7 terkaya Malaysia.
 

Kehidupan awal

Syed Mokhtar al-Bukhary dilahirkan dalam sebuah keluarga Melayu yang sederhana. Pendidikan tertinggi hanya sampai tingkat lima, dan ia tidak pernah pergi ke universiti. Semasa muda beliau bayak menimba pengalaman dan pelaman itu yang menjadikan beliau berjaya sehingga kini.


Oleh kerana latar belakang keluarganya biasa-biasa saja, Syed Mokhtar Al Bukhary harus masuk ke dunia kerja pada awal kehidupan, sementara mengejar pelajarannya sekoleh rendah dan menengah. Syed Mokhtar membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasar dan juga menjual roti canai.

Setelah selesai sekolah, Syed Mokhtar membantu ayahnya dalam usaha menternakan lembu tetapi usaha peniagaan ayah beliau ditimpa musiabah apabila haiwan ternakan beliau terkena penyakit kaki dan mulut. Namun demikian, beliau mengambil alih perniagaan dan memulakan lagi dengan menjual daging. Dia kemudian beralih kepada bungkusan daging dan mula menjual secara besar-besaran. (Hasil dari wikipedia)







"Begitulah serba sedikit coretan hidup
Tan Sri Syed Mokhtar bin Syed Nor Shah Al-Bukhary. Beliau adalah antara tokoh perniagaan yang akan saya contohi, bukan sahaja kejayaan beliau didunia malah keperibadian beliau sebagai seorang Muslim."

No comments:

Post a Comment