Thursday, May 19, 2011

Tips Usahawan Cemerlang

Hari ini kita lihat ramai diantara kita yang bergelar seorang usahawan yang mana naluri ingin berjaya dan mengubah kehidupan keluarga. Tak kira dibidang apapun kita peniaga goreng pisang, penjual sabun, broker saham, jurujual kereta, jurujual saham, jurujual insuran, penjual ubatan, penjual penapis air dan apa saja yang kita lakukan melibatkan urusan jual beli lah. Kita memang dijanjikan oleh Allah rezeki yang melimpah ruah.

Tentu anda pernah dengar hadis mursal tentang punca rezeki kan, yang mengatakan bahawa 9 daripada 10 punca rezeki adalah daripada perniagaan. Betul ramai yang tahu dan paham akan maksud hadis tersebut. Tetapi ada sebilangan dari usahawan kita yang tidak dapat seperti yang dijanjikan oleh Nya.Persoalanny...

MENGAPA INI BERLAKU?


Jawapannya adalah ianya berpunca dari

DIRI SENDIRI


Cuba kita renungkan apa yang kita lakukan untuk kejayaan perniagaan kita. YA... saya akui anda mungkin telah melakukan yang terbaik untuk perniagaan anda. Mungkin ini pernah terjadi kepada diri anda.
"Permulaan perniagaan anda, ianya berjalan lancar dan nampak berjaya. Anda menjadi teramat bersemangat untuk mengembangkan perniagaan. Dan anda teruskan dengan mengikut apa yang anda pelajari. Kalau mengikut dari buku... pelan ini garenti berjaya. kompom jadi... tapi bila diaplikasikan ianya kecundang."

MENGAPA INI BERLAKU?


Tahukah anda rezeki 9 / 10 yang anda dapat itu bukan 100% milik anda. Ianya adalah milik orang yang  berada disekeliling anda. Apakah maksud saya. Tips untuk mengembangkan lagi perniagaan anda adalah.

BERZAKAT
BERSEDEKAH
MEMBELANJAKAN WANG RINGGIT
KE JALAN JIHAD
BANTU ANAK YATIM

MEMBESARKAN MASJID
Itu adalah antara perkara yang boleh anda lakukan untuk membersihkan harta anda. (memberkati rezeki) Ramai kita tak buat bende nie dengan alasan. "Kalau aku bagi nanti sikit plak yang aku dapat.".
Saya berpesan pada anda dan juga diri saya, marilah kita sama2 mengeluarkan zakat dan memperbanyakkan sedekah. Semoga ini dapat membantu anda dan juga saya dalam mengembangkan perniagaan dan seterusnya MENUJU KEJAYAAN.

No comments:

Post a Comment