Tuesday, August 9, 2011

...JANGAN BERI ALASAN...

Memberi alasan adalah suatu tabiat negatif yang seharusnya dihapuskan dalam hidup setiap insan. Manusia sering memberi pelbagai alasan dalam perkara yang sebenarnya dia tidak suka atau tidak mahu melakukannya.


Boleh dikatakan manusia membesar dengan memberi pelbagai alasan ‘kreatif’. Manusia juga memberi pelbagai alasan pada Allah di akhirat kelak seperti yang diceritakan pada kita dalam al-Quran.


Alasan yang sering didengar apabila diberi satu tugasan adalah seperti berikut:


Tak bolehlah...” “Takutlah...” “Aku tak mampu...” “Saya kurang berpengalaman...” “Ini bukan bidang saya...” “Eh, aku ni dah tua...” “Tapi saya masih muda lagi...” “Aaa...sibuklah” “Tak cukup masa, tak ada masa...” “Tak cukup duit...” “Kami dah bincang, tapi...”
Alasan yang disenaraikan di atas adalah sangat membosankan apabila kita mendengarnya setiap hari, keadaan dan gerak kerja.


Alasan itu jika selalu diucapkan akan menjadi tabiat yang sebati dalam diri dan akan membentuk rupa diri atau personaliti yang bertentangan dengan kehendak Allah.


Cuba renungkan firman Allah bermaksud:

“Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang) kafir, penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: “ Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan? Mereka menjawab: “ Benar ada”, sesungguhnya sudah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: Allah tidak menurunkan sesuatu pun: Kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar”


“Dan mereka berkata: Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala.” – (Surah al-Mulk, ayat 8-10)


Nauzubillah minzalik, semoga kita tidak tergolong dalam golongan ahli neraka yang masih sempat lagi memberi alasan.


Alasan boleh ditangkas dan diberkas apabila kita mempunyai perasaan bertanggungjawab pada diri sendiri.


Kita insan yang dianugerahkan Allah bakat, kepandaian, kemahiran, potensi dan kecantikan.


Cuba kita renung dan fikirkan mengenai anugerah bakat serta potensi diri bagaimanakah harus kita gunakan? Berbincanglah dengan keluarga dan sahabat handai terhadap jati diri kita. Fikirkan apakah yang boleh menimbulkan minat dan motivasi diri?


Dalam setiap perjalanan kehidupan manusia, matlamat kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Tanpa matlamat, impian dan cita-cita, kita tidak ubah seperti layang-layang yang putus talinya, tiada arah, tiada tuju, akhirnya tersungkur ke bumi. Maka, wujudkan matlamat yang murni dalam kehidupan dan keluarga kita.


Wujudkan rasa ghairah dan cinta untuk mencapai matlamat itu. Buangkan semua alasan yang pernah diucap dan cuba sedaya upaya diiring doa agar matlamat kita tercapai.


Nabi Ibrahim apabila diperintahkan Allah agar meninggalkan isteri, Siti Hajar dan anak, Ismail di satu tempat gersang, menurut perintah Allah tanpa sebarang bantahan, tanpa mengemukakan sebarang alasan. Baginda hanya ada satu matlamat. Mengikut perintah Allah agar dirinya mendapat keredaan Allah yang sangat dicintai. Baginda hanya mampu berdoa:


“Ya! Tuhan kami, sesungguhnya aku sudah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu ) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezeki mereka daripada buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”


Berkat doa Baginda dan matlamat yang disertai dengan komitmen dan pengharapan jitu, tanah gersang itu dikurniakan Allah dengan pelbagai nikmat dan kemudahan untuk dikecapi bukan saja oleh anak cucunya.


Malah, kita yang ada talian akidah dengan baginda juga dapat mengecapi nikmat anugerah Allah kepada hamba-Nya yang sabar.


Untuk mewujudkan alasan sifar dalam diri, kita perlu mengubah cara pemikiran dan membina keyakinan diri. Cintai dan kasihilah diri sendiri, barulah dapat mengasihi dan menerima orang lain.


Jangan salahkan orang lain, keadaan atau masa. Jangan jatuhkan hukuman pada diri sendiri jika sesuatu ujian menimpa.


Ketahuilah bahawa Allah sentiasa akan menguji hambanya dan Dia ingin melihat siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya.


Jangan sekali-kali lepaskan impian kita. Kejayaan hanya datang bagi mereka yang bersungguh-sungguh dan yang berani mengenepikan alasan.


Terimalah cabaran, ketahuilah setiap cabaran itu ada hikmahnya.

Berani mencuba, tanpa mencuba, tiada pengalaman. Hati-hati terhadap perasaan takutkan kegagalan dan penolakan.

Jika bisikan negatif melanda dan skrip alasan menjelma, ubah pemikiran kita, cepat-cepat fikirkan yang positif. Buangkan alasan itu, berjanji pada diri sendiri supaya tidak akan menggunakannya lagi. Gantikan dengan pemikiran yang aktif seperti:


Apa yang boleh saya buat?

Apa yang boleh saya tolong?

Apa amalan yang baik yang saya harus lakukan?

Untuk mencapai alasan sifar pada diri, kita juga harus menghormati orang lain terutama keluarga dan sahabat.



Kita harus belajar memberi kasih sayang. Kita harus belajar memberi tanpa mengharapkan balasan. Kita harus belajar menghargai tanpa diminta dihargai. Berilah tanpa syarat kepada mereka yang dicintai kerana kita tidak tahu bila akan pergi.



Ikhlas dengan mereka, jauhi perasaan dengki, benci dan buruk sangka. Setia, jujur dan mesra, itulah tunggak keluarga bahagia. Tetapi ingat, kita tidak perlu menggadai prinsip, fikrah dan mengorbankan diri untuk orang lain.


Bersama-samalah berbincang dan berkomunikasi dengan mereka agar satu persefahaman yang baik sentiasa diwujudkan.


Akhir sekali untuk mencapai alasan sifar dalam diri kita, kita haruslah menambahkan ilmu di dada. Minda kita adalah seperti payung terjun. Ia tidak akan berfungsi untuk mencapai matlamat jika tidak dibuka.


Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad,” saranan Nabi Muhammad saw. Sahutlah saranan Nabi yang mulia. Cuba kita lakukan yang berikut ini untuk menambahkan ilmu di dada:
  • Sentiasa membaca 15-30 minit sehari dari buku yang boleh membentuk peribadi diri.
  • Dengar kaset yang boleh membentuk minda, terutama ketika memandu. Jadikanlah kenderaan kita sebuah universiti bergerak.
  • Hadiri seminar dan kursus yang anda minati.
  • Sentiasa bersama orang soleh dan bertakwa kerana merekalah orang yang berkeyakinan dan berpotensi tinggi.
  • Carilah guru yang baik yang sudi mendidik kita.
  • Berani mencuba kerana pengalaman kunci kematangan
  • Sentiasa berada dalam jemaah atau kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama dengan anda.

Friday, July 15, 2011

JJCM - Satay Bota

Satay.. adalah antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ada sesapa yang tak pernah makan satay." Cer angkat tangan macam saya" (gaya Usop wilcha). Garenti la semuanya pernah makan n rasa kesedapan satay nie. Airni saya nak berkongsi cerita dan tempat dimana saya menikmati satay femes nie.

Beratur panjang tue.
Terletak di tepi jalan Ipoh-Lumut selepas jambatan sungai perak dekat parit. Kat situ la letak gerai SATAY BOTA. Dengan harganya yang hanya RM 0.35 secucuk sahaja (murah), anda boleh menikmati satay ayam, daging dan perut di situ atau dirumah. Masa saya sampai owner warung baru nak start bakar, tapi yang menarik minat saya belum start bakar pun dah ada yang beratur panjang. Pergh sedap sangat ker satay nie kan (dalam hati).

Menurut owner warung kebiasaan beliau boleh menjual 15,000 cucuk satay dalam masa 4-5 jam sahaja. DASAT sungguh. Dan kedai hanya dibuka 4 hari seminggu. (hari apa dah lupa la plak.) dan anda boleh congak sendiri la berapa pendapatan owner nie. Kaya ooo... Tapi yang penting owner nie tak kedekut ilmu n amat peramah.

RASA: anda tau kan rasa satay macam mana. Bagi saya dari 5 bintang saya boleh bag1 3 bintang. Ok la berpadanan la dengan harga yang ditawarkan. Sebab apa 3 jer kan. sebab kuah kacang nye yang ada terasa kari n agak pedas. Apa pun saya rekemen anda singgah jika berpeluang dan rasa sendiri satay ini. selebih nya anda layan la gambo yang sempat saya snap.
Kak long n aweks tengah bako satay

asap yang membuatkan tempat nie meriah

sempat lagi akak nie terima pesanan dari telefon

syok tengok diorang nie bako


yummy

Monday, July 11, 2011

Pembelian seorang anak..

Bila melayari internet (FB) la tu. Tetiba terpandang nota yang ditulis oleh saudara Usran Al-furusiyyah Ali Bubin yang telah di 'share' oleh isteri ku. Air mata ini menitis bila membaca sehingga ayat yang terakhir sungguh menyentuh perasaan. Sekali terpikir pernahkah ianya terjadi kepada ku. Minta-minta tidak la. kerana aku amat menyayangi keluarga ku. Biar lah susah senang aku bersama mereka. Kalau anda semua ingin membaca nya ini saya serta kan sekali.


 
 Kreadit buat Usran Al-furusiyyah Ali Bubin

"Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi… yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya… yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..

Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati… pihak syarikat akan senang2 cari orang lain… gantikan kita.
Tapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... Fikirlah... selama ni... apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?… untuk insan yang kita sayang??