Adakah anda ingin menjadi seorang JUTAWAN?
Rasanya kompom jawapannya
"Sapa lak yang taknak jadi jutawan, Orang gila pun nak kaya yoep"
Pernahkah anda terfikir yang kebanyakkan jutawan bermula dari keluarga yang susah?
Tidak semua daripada mereka yang berjaya di dalam pelajaran.
Anda hendak tahu mengapa?
Sebab mereka mempunyai matlamat yang konkrit, jelas dan tepat!
Berusaha sampai berjaya tanpa mengenal erti putus asa!
Berkenaan senarai orang paling kaya dalam dunia untuk tahun 2009. Macam biasa nombor satu bukanlah rahsia, mestilah Bill Gates. Macam mana pula dengan tempat kedua dan seterusnya, lihatlah rangking ni…
1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)
2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)
4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)
5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)
7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)
8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India
9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)
11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)
12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)
13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)
14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)
15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.
16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.
17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)
18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)
19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)
20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AFP
Yang mengejutkan, 7 daripada 15 orang paling kaya di dunia ialah mereka yang kena buang kolej atau university dan ada yang berhenti belajar masa sekolah menengah lagi!!
Mereka ni membuktikan bahawa untuk berjaya kita tidak semestinya kena skor semua A dalam exam. Tetapi dengan semangat tidak mudah putus asa dan bekerja keras!
Seperti kata pepatah arab,
“Barangsiapa yang berusaha dia pasti akan berjaya.
Barangsiapa yang bercucuk tanam maka dia akan dapat menuai hasilnya.”
Persoalannya kenapa di Malaysia begitu ramai lagi insan yang membuat keputusan untuk mengubah kehidupan tetapi belum ada tindakan untuk mentafsirkan keputusan yang dibuat. Mengapa kita masih berasa selesa dengan keadaan kita pada hari ini. Mengapa kita tiada inisiatif untuk membuat perubahan sedangkan keputusan untuk berubah tekah dibuat.
Cuba kita lihat pula senarai individu terkaya di Malaysia.
Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2010 dengan anggaran kekayaan masing-masing:
1.Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76b
2.Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b
3.Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b
4.Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
5.Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b
6.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
7.Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
8.Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
9.Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
10.Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b
Nak seribu daya,
Tak nak seribu dalih.
Tapi bila anda inginkan sesuatu anda\
tidak perlu dalih untuk merealisasikannya
sekadar cukup dengan hanya SATU alasan atau sebabyang kukuh
untuk anda terus berubah.