Monday, March 15, 2010

Kelantan Trip..

Minggu lepas adalah minggu 'makan angin'. Aku n family pergi ke Negeri Darul Naim yakni Kelantan bagi memenuhi jemputan dan mengiringi pengantin lelaki my 'Cousin In Law' (ada ker istilah tue?). Selamat Pengantin Baru dari Miskam Family.



Buat pengetahuan korang. Ini adalah trip aku yang kedua ke Kelantan. Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana adalah pada tahun 2008. Setelah umur mencecah 26. Segan nak bagi tau, tapi tue la realitinya. Pada tahun tue tempat tujuannya adalah Kelantan, Terengganu dan Pahang. Tapi trip kali ini tertumpu disekitar bandar Kota Bahru. Sedikit coretan dan pengalam yang ingin aku kongsikan.

Hari Pertama

Bertolak dari Bandar Ipoh Perak pada jam 9.00pg. Melalui jalan Ipoh-Grik-Jeli-Rantau Panjang-Kota Bahru. Sepanjang perjalanan tiada sebarang kesesakan jalanraya. Mungkin disebabkan bercuti pada hari berkerja. Perjalanan ke Kelantan, anda akan menempuh beberapa tempat menarik dan pemandang yang menarik. Layan gambar key.



 





Berhenti sebentar di hentian R&R Titiwangsa. Sejuk beb kat atas nie. Puncak Titiwangsa org kata la. Makanan yang dijual pun agak menarik.





Setelah makan minum dan berehat seketika, perjalanan diteruskan. Sepajang perjalanan mata aku agak mengantuk. Nasib bail MIL bagi aku makan Kerepek Pisang Manjoi. Ha ko rang tau tau betapa bestnya kerepek pisang Manjoi nie. Jika kita beli pada bulan Ramadhan, kita boleh beli panas-panas beb. Mmg best ngan dia punya ranggup, rasa yag cukup masin dan cukup serba serbi. Memang best. Nanti Aku siarkan alamatnya.

Key. perjalanan diteruskan dan tempat yang dituju adalah Rantau Panjang. Orang kata 'Syurga Membeli Belah'. Tapi memang anda akan dapat macam- macam barang disana. dan dengan harga yang murah setelah proses tawar menawar berakhir. Nak membeli kene pandai tawar harga. baru bleh dapat harga yang murah. Disana aku hanya membeli pakaian untuk anak2 je. Untuk bapak macam banyak jer baju lagi. Dah penat berjalan ditengah panas nie. Kami pun mula bereda ke lokasi utama. Iaitu Bandar Kota Bahru.
'shoppaholic' heaven

Di 'Newcastle' kami menginap di sebuah hotel budget yang disponsor sepenuhnya oleh tuan rumah. Iaitu ayah pengantin perempuan. Hotel budget yang bagi aku agak selesa dan berada dikawasan yang agak strategik. Iaitu Man Hotel (koordinat 6* 8' 4" N, 102* 14' 39" E) Hasil dari Ovi Maps . Hotel yang mempunyai 25 bilik ini betul2 terletak di tengah bandar Kota Bahru. Dan disini diadakan aktiviti Sahut Menyahut (Tidur la) maklumlah letih ya amat.

promo Man Hotel

Man Hotel, Kota Bahru


Ini 'contact' nombor nya.

Malam tu hanya aktiviti akad nikah n menghantar hantaran.. nak kuar g jejalan oun taj berapa best sebab badan dah letih na mata dah ngantuk.

Sok paginya. adalah hari dimana hari persandingan dan takbanyak yang ingin diperkatakan disini. JAdi setelah selesai majlis kami balik ke bilik untuk lolap sebentar. Petang baru la kami keluar. Destinasi....?
?
?


PANTAI CAHAYA BULAN a.k.a PANTAI CINTA BERAHI













Key pada malam nya pulak kami ke
WAKAF CHE YEH




Panjang lak entry aku nie.
Keesokan paginya pulak mmasih seperti hari sebelumnya msaih jalan-jalan
destinasi seterusnya adalah



PASAR SITI KHADIJAH





Dan sebelum perjalanan pulang kami dibawa ke sebuah kedai yang agak jauh dari
Bandar Kota Bahru untuk menikmati hidangan makan pagi yang spesial di timur tanah air.iaitu

Warung Nasi Kerabu Su
5* 58' 34" N, 102* 14' 59" E




Aku leh katakan yang terbaiklah... Korang harus cuba. rugi kalau tak cuba...


No comments:

Post a Comment